BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 18 July 2011

Nilaa geng2 hadiah kali ni siap order baju sama lg..Jangan madu sama cukup hi hi hi

Sapa kuat dapatla hadiahhh..

Lariiii....

Ke garisan sedia...

Tabiiik hormat!

Inila kontigen rumahku...cantik tak spongebob tu?

Sewaktu hari sukan sekolah...

Antara kontigen yang mengikuti perbarisan...

Saturday 16 July 2011

Pelajar Semakin Berani...

Tadi selepas selongkar blog orang cari resepi saja buka Metro Online tengok berita terkini...Alih-alih nampak tajuk nie "Ambil Dadah Ketika Cikgu Mengajar".... Ya Allah...budak-budak sekarang nie semakin berani walaupun berada dalam kelas..Nampaknya tugas cikgu semakin mencabar dari sehari ke sehari... Pelajar tersebut dikesan berada dalam keadaan berkhayal semasa cikgu melihatnya...Cikgu tersebut syak ada sesuatu yang tidak kena lalu memeriksa beg sekolah pelajar tersebut dan didapati mengandungi pil khayal...

Sepatutnya pelajar pergi ke sekolah untuk belajar dan bukannya membuat sesuatu yang salah...bila difikirkan balik macam mana perasaan ibu bapa pelajar tersebut bila mereka mendapat tahu anak mereka penagih dadah.. Sebagai seorang ibu saya dapat rasa betapa sedihnya seorang ibu bila mendapat tahu hal tersebut. Tidak kesian ka pelajar tersebut dengan ibubapa mereka... Budak-budak nie tak fikir langsung masa depan mereka kita pulak yang risau pasal mereka...Nie mula la nak berleter nie....hehehe sebelum merebak leteran nie jom kita baca maklumat lanjut mengenai berita nie....jom-jom....

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ambildadahketikacikgumengajar/Article/index_html


p/s: Marilah kita sama-sama jauhi DADAH MUSUH MANUSIA.....

Puding Tembikai

Assalammualaikum....malam nie tiba-tiba teringin nak makan puding pulak...so saja jela search kt Google resepi puding yang terkini...cari punya cari akhirnya jumpa satu resepi nie macam sedap je tengok puding tue...Puding Tembikai nama diberi...selalu dengar biskut watermelon x pernah lagi dengar puding tembikai.. nanti nak cubala wat puding nie...Saya tengok macam sedap jadi saya nak kongsila dengan anda semua disini...Marilah kita sama-sama cuba resepi nie yerk.... Jom tengok apa bahan yang diperlukan....

Bahan-bahan:

1 pkt agar2 12gm
3 kpg roti (buang kulit)
4 1/2 cawan air
6 sudu besar gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
pewarna merah/hijau

Cara Membuat:




1.Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
2.Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan 7.potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

Cara masak dah tengok so saya nak tunjuk pulak gambar-gambar yang telah menambat hatiku ini... Jom kita terjah.....





so sweet kan kawan-kawan???

Sumber:

p/s: Dah baca kan??kalau suka jomlah komen... (^_^)

Thursday 14 July 2011

Adegan mencuit hati sedikit waktu dahulu ,sempena hari guru..GB sedang disuap oleh salah seorang guru yang paling riuh..

Semoga anak-anak ini mampu menjadi barisan  pelapis pemerintahan negara kita akan datang



Wednesday 13 July 2011

Sebelum larian...nak warming up guru aerobik tak mai lagi

Rahsia Personaliti Anda akan Terungkai....

Assalammualaikum.... kawan-kawan semua macam mana?chat ker?Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai rahsia personaliti kita melalui buah-buahan...jarang kita dengar kan rahsia diri kita melalui buah-buahan so disini saya nk berkongsi dengan anda semua...jom...kita terjah !!


Dalam satu kajian yg telah dilakukan oleh Dr.Barnett,beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi.Menurutnya lagi,kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing2.Kaedah ini juga dikenali sebagai “Science of Fructology”..
Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia..
pinjam sebentar ya En.Google..
1-JENIS LIMAU…
Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali.
Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar.Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu.
Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu…
2-BUAH-BUAHAN TROPIKA…
Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas.
Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu.Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok.
Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar berseronok…
3-JENIS BUAH LADANG…
Contohnya seperti epal dan pear.
Kata kunci disini ialah kekuatan.Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling kamu.Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.
Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri.Kamu tidak bergantung harapan kpd individu lain utk hidup.Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg yg berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yg kamu miliki itu.Kejayaan pasti menyebelahi kamu dlm setiap perkara yg kamu lakukan…
4-JENIS TEMBIKAI…
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.
Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yg memerlukan.Bagi diri kamu,wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu org lain.
Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yg ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu.Kamu memiliki ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian yg romantic.Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dlm hidup.Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yg berhati2…
5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI…
Contohnya seperti blackberi,blueberi,strawberi,raspberi,cranberi,anggur dan tomato.
Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka menggembirakan org lain.Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorg yg peramah.Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja utk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat pelik.Kamu bercitarasa unik.Hinggakan makanan yg menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan2 yg berperasa lain dari yg lain.
Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun ,keseluruhan personality kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yg unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri.Simbol kamu melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti…
6-JENIS KEKACANG…
Contohnya seperti walnut,hazel,gajus dan lain-lain.
Kamu ini “moody” lah!!Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu.Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yg benar,kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.Orang yg berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2 kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.
Untuk mengenali kamu,individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dgn lebih dekat.W/bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg yg berpendirian…
7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU…
Contohnya kundur.
Kamu berpandangan jauh.Bagi diri kamu,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat.Kamu adalah individu yg sering berperasaan curiga.Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yg kamu miliki.Boleh dikatakan setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2 kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai.Tekanan kerja yg kamu alami akan mendukacitakan kamu,tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlm menangani cabaran2 mendatang.Kamu cenderung pada warna2 yg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu seorg yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut…
So.....macam mana kawan-kawan...anda dalam ketegori mana? tapi ingat ya ini juz untuk suka-suka kita ja n jangan mudah terpengaruh....jumpa lagi di entry laen....
sumber:

Saturday 9 July 2011

Cara-cara Membuat Blog

Daftar di Blogspot

Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
  1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
    Pendaftaran Blogger
  2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
    Pendaftaran Blogger
     
  3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.
    Pendaftaran Blogger
  4. Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:
Pendaftaran Blogger

Mulakan Menulis!

Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.
Blogger

Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.

Blogger

Ubahsuai Rupa Blog Anda

Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”
Blogger

Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.

Blogger

Contoh sidebar yang dihasilkan:
bloggero-06

Sumber:
http://sembangkomputer.com/buat-blog-percuma-dengan-blogspot/