BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 16 July 2011

Pelajar Semakin Berani...

Tadi selepas selongkar blog orang cari resepi saja buka Metro Online tengok berita terkini...Alih-alih nampak tajuk nie "Ambil Dadah Ketika Cikgu Mengajar".... Ya Allah...budak-budak sekarang nie semakin berani walaupun berada dalam kelas..Nampaknya tugas cikgu semakin mencabar dari sehari ke sehari... Pelajar tersebut dikesan berada dalam keadaan berkhayal semasa cikgu melihatnya...Cikgu tersebut syak ada sesuatu yang tidak kena lalu memeriksa beg sekolah pelajar tersebut dan didapati mengandungi pil khayal...

Sepatutnya pelajar pergi ke sekolah untuk belajar dan bukannya membuat sesuatu yang salah...bila difikirkan balik macam mana perasaan ibu bapa pelajar tersebut bila mereka mendapat tahu anak mereka penagih dadah.. Sebagai seorang ibu saya dapat rasa betapa sedihnya seorang ibu bila mendapat tahu hal tersebut. Tidak kesian ka pelajar tersebut dengan ibubapa mereka... Budak-budak nie tak fikir langsung masa depan mereka kita pulak yang risau pasal mereka...Nie mula la nak berleter nie....hehehe sebelum merebak leteran nie jom kita baca maklumat lanjut mengenai berita nie....jom-jom....

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ambildadahketikacikgumengajar/Article/index_html


p/s: Marilah kita sama-sama jauhi DADAH MUSUH MANUSIA.....

0 comments: